Semakan STR: 5 Langkah Mudah

16/12/2024

Pengenalan STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu  golongan berpendapatan rendah  mengurangkan beban sara hidup. Sumbangan ini diberikan kepada individu dan isi  rumah. Pembayaran STR dilakukan secara tunai atau kredit ke akaun bank. STR bertujuan membantu meringankan kos perbelanjaan harian dan menyokong kesejahteraan rakyat, terutamanya mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang atau isu ekonomi.

bantuan bahan keperluan

Sejarah STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula diperkenalkan pada tahun 2023 . Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). STR telah ditambah baik bagi tujuan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Pada tahun 2024, agihan STR disalurkan melalui 4 fasa. Fasa terakhir bermula 7 November 2024 dan diagihkan secara berperingkat.

kaedah pembayaran

Pembayaran fasa ini ini melibatkan peruntukan RM3.4 bilion . Ini menjadikan keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan kepada rakyat sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2024. Peruntukan ini  menunjukkan pertambahan 2 bilion berbanding  tahun 2023.

Kadar STR

Kelayakan STR adalah berdasarkan jadual berikut:

Kadar bayaran STR

Cara untuk menyemak tarikh pembayaran STR

  • Laman Web Rasmi: Lawati laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my maklumat terkini mengenai tarikh pembayaran.
  • Aplikasi MySTR: Anda juga boleh menggunakan aplikasi MySTR untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh pembayaran dan status kelayakan.
  • Pengumuman Media: Kerajaan juga akan mengumumkan tarikh pembayaran melalui media massa dan media sosial rasmi, seperti Facebook dan Twitter.

5 Langkah Semakan Kelayakan STR

  • Lawati Laman Rasmi STR. Laman rasmi STR ialah https://bantuantunai.hasil.gov.my. Anda juga boleh merujuk laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.
  • Isi Maklumat Diri. Butiran peribadi seperti Nama penuh dan No Kad pengenalan diperlukan untuk tujuan pengesahan.
  • Semak Status Pembayaran. Sistem akan memaparkan status kelayakan pemohon. Sekiranya pembayaran telah dilakukan, tarikh pembayaran akan dipaparkan.
  • Aplikasi MySTR. Anda boleh muat turun aplikasi ini dari Google Play atau App Store.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi talian Pusat khidmat pelanggan di talian tol bebas 1-800-88-2747.

Maklumat Terkini STR 2025

YAB Dato’ Seri Anwar juga melalui pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion.

“Peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60% penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan Kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat,”

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kesimpulan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif penting oleh kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat, terutama golongan B40, individu bujang, warga emas, dan OKU. Dengan tujuan untuk menyokong mereka yang terkesan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat, STR memberikan bantuan kewangan yang boleh dimanfaatkan secara langsung oleh penerima yang layak. Proses permohonan yang mudah dan pembayaran yang dibuat melalui pelbagai saluran memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan. Kerajaan terus komited dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat sokongan sewajarnya, dan STR adalah contoh usaha yang berkesan dalam menyediakan bantuan segera kepada mereka yang paling memerlukan.

Anda Mungkin Berminat..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *